Saturday, June 23, 2012

Ice Cream [04]

Dewan yang digunakan sebagai tempat ceramah dan aktiviti-aktiviti
berkumpulan sepanjang tiga hari berjalannya program kem kepimpinan
pengawas kini diisi dengan pelajar-palajar dari pelbagai sekolah. Mereka
telah diberi tugasan untuk menghias dewan untuk majlis penutup program
dan menyusun kerusi untuk pelajar seramai 140 orang. Setiap sekolah telah
 diarahkan untuk menghantar dua orang pelajar yang mana pihak sekolah
menganggap mereka merupakan calon terbaik yang bakal diberikan jawatan
ketua pelajar dan penolong ketua pelajar bagi sesi tahun hadapan. Antara
140 orang tersebut, Taiyu dan Yama merupakan wakil bagi SMK Aman Jaya.

Sedang pelajar-pelajar lain sibuk di dalam dewan dengan tugasan masing-masing,
terdapat dua orang pelajar yang sedang berehat di bahagian belakang dewan
dan sibuk hanyut di dalam dunia mereka sendiri. Taiyu yang separuh badannya
menyandar di dinding dewan dan melunjurkan kakinya, mukanya pula di cover
dengan majalah kereta yang agak tebal. Di sebelahnya pula, Fayyadh yang
sedang duduk bersila sambil menongkatkan dagunya kelihatan sedang
 tersengguk-sengguk menandakan mereka berdua kini memang telah hanyut
jauh di alam mimpi.

Di dalam dewan, Yama dan beberapa pelajar lain yang telah diletakkan
 di dalam satu kumpulan dengannya sedang sibuk menyusun kerusi
seperti yang diarahkan. Sepanjang hari ini Yama masih belum nampak
 kelibat Taiyu dan matanya dari tadi asyik mencari-cari kemana pergi
sepupunya tersebut.

"Ada nampak Taiyu tak?" Soalan tersebut diajukan kepada rakannya
 yang turut sama sedang memunggahkan kerusi yang tersusun di bahagian
 belakang dewan untuk dibawa ke bahagian kerusi yang sedang diatur
oleh kumpulan mereka.

Yin yang turut mengenali Taiyu kerana mereka penah duduk makan semeja
 ketika waktu makan tengahari pada hari pertama tiba di resort tersebut
 hanya menggelengkan kepalanya kerana sepanjang berada di dalam dewan
dia tidak sempat untuk memikirkan atau melihat situasi pelajar-pelajar lain
selain dari ahli kumpulannya sendiri.

"Agaknya mana Taiyu ni. Dari tadi tak nampak." Yama yang kecewa dengan
reaksi yang diberikan oleh Yin, hanya mampu menggumamkan dialognya.

Yama beminat dengan pelajar lain selain dari dirinya sendiri? Itulah yang
persoalan yang sedang keluar di dalam kepala Yin. Bukannya dia tidak tahu
mereka datang dari sekolah yang sama. Tetapi dia hanya musykil dengan
perhubungan mereka. Adakah mereka berdua hanya rakan sekolah atau lebih? 

Yin sekadar mencuba nasib untuk mengorek rahsia perhubungan mereka berdua,
dengan mengajukan soalan kepada Yama dalam keadaan nada tidak berminat
untuk tahu. "Kenapa cari Taiyu?"

"Tak ada apa. Ada benda sikit nak tanya dia."

Mereka kini telah kembali ke tempat kerusi yang terhenti susunannya,
dan menyambung menyusun kembali dengan kerusi yang baru dibawa dari
 bahagian belakang dewan tadi.  

Eh, reaksi dia sangat ala kadar. Betul ke tak ada apa-apa ni. Apa kata kalau
 aku cucuk jarum sikit."Taiyu tu nice kan."

Yama yang sedang menyusun kerusi-kerusi besi tadi hanya diam dan pelik
dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Yin tadi. Atau adakah itu satu
pertanyaan? Yama hanya mampu menayangkan reaksi muka tidak senang. 

Ada reaksi. Jealous ke Mayamin ni? Menarik menarik. Itulah yang sedang
difikirkan oleh Yin buat masa sekarang.

Manakala Yama yang dengan reaksi muka tidak senang itu sebenarnya tengah
 sibuk memikirkan betul ke Taiyu itu nice. Dia sebenarnya mengalami kesukaran
untuk menjelaskan samada Taiyu itu nice atau tidak. Akibat terlalu memikirkan
samada dia perlu atau tidak untuk menjawab 'pertanyaan' Yin tadi telah
menimbulkan reaksi confuse di muka Yama.

Setelah beberapa saat kenyataan atau pertanyaan yang dikeluarkan oleh Yin tadi
tidak mendapat respon dari Yama. Kedua-duanya hanya memutuskan untuk
membiarkan ayat confuse tadi dibawa pergi jauh oleh angin air conditioner
dewan dan menyambung tugasan mereka tanpa dihiasi oleh sembang atau
bualan kecil-kecilan yang sering kali timbul bila tangan sedang sibuk bertugas. 

Kini kumpulan Yama sudah siap dengan tugasan yang diberikan dan mereka
sedang berjalan menuju ke bahagian cafeteria untuk menikmati lunch. Yama
yang masih tidak berpuas hati kerana masih tidak nampak kelibat Taiyu sejak
 pagi memutuskan untuk tidak pergi bersama dengan ahli kumpulannya dan
melihat-lihat sekitar dewan buat sementara waktu untuk mencari tubuh badan
milik sepupunya itu.

"Yama kenapa tak pegi lunch?" Kedengaran suara yang amat dikenalinya
 datang dari arah belakang. Di tambah dengan bunyi orang yang sedang
menggeliat menandakan dia telah mendapat rehat yang secukupnya. 

Cis dekat sini kau rupanya Yuyu, penat aku cari. Tapi korang bedua 
sedap-sedap je skip aktiviti hari ni and lepak dekat sini. "Cari kau.
Tak nampak pon tadi dalam dewan."

"Kenapa?"

"Taiyu, tolong tarik tangan aku. Macam malas pulak nak bangun sendiri."
Fayyadh yang masih sedang duduk bersila disebelah Taiyu menghulurkan
kedua tangannya untuk ditarik oleh Taiyu.

Yama hanya memandang Fayyadh buat beberapa saat dan mengembalikan
pandangannya terhadap Taiyu. Dia ni kalau tak menyampuk perbualan orang 
dalam sehari memang tak sah. Nampaknya Yama agak tidak senang dengan
perangai Fayyadh, mungkin kearana mereka berdua mempunyai personaliti
yang sangat berbeza itu merupakan sebab utama.

"Aku pon malas."

"Alaaaa Taiyu, aku bukan malas. Kaki macam kebas je ni. Tolong-tolong."

"Yelah. Sini." Taiyu yang malas memanjangkan kerenah Fayyadh hanya
mengikut permintaannya.

Namun begitu, tindakan Taiyu yang menurut permintaan Faiyyadh yang
bunyi keanak-anakan itu hanya membuatkan Yama makin
bertambah-tambah rasa tidak senangnya terhadap Fayyadh dan terus
berlalu dari tempat itu tanpa memberitahu apakah hajatnya yang dari tadi
asyik mencari Taiyu.

Taiyu yang baru sedar Yama kini sudah beredar meninggalkan mereka
hanya mampu memandang Yama dari jauh. "Yama."

"Bukan tadi dia macam nak cakap something ke dengan kau?"Fayyadh
yang sedar reaksi muka Taiyu yang berlainan sedikit dari kebiasaannya
cuba untuk mencari punca perubahan tersebut.

Tapi Taiyu tetap Taiyu. Dia hanya menjawab dengan mengangkat kedua
belah bahunya menunjukkan dia juga tidak dapat meneka apa yang cuba
disampaikan oleh Yama.


Tuesday, June 19, 2012

Ice Cream [03]


Setelah penat memujuk adiknya supaya mengikuti kem kepimpinan pengawas yang diadakan di Pulau Pinang. Kini Aizan, Yama dan Taiyu sedang dalam perjalanan ke tempat perjumpaan di Masjid Jamek Seberang Perai sebelum berangkat ke resort yang terletak di bahagian pulau. Sudah hampir 20 minit mereka berada di atas lebuhraya tetapi suasana di dalam kereta masih kekal senyap sunyi, yang kedengaran hanyalah bunyi yang keluar dari penghawa dingin kereta milik Aizan.

"Yama jangan lah senyap je. Serba salah abang nak hantar awak pergi ni. Kalau apa-apa jadi which is abang tak harap langsung jadi apa-apa dekat awak, mesti abang jugak yang rasa bersalah. Nanti awak balik abang beli la CD Sailormoon yang awak kempunan sangat tu. Lagi pon ini lah chance untuk awak kenal kawan baru selain dari Taiyu awak tu." Niat yang pada awalnya adalah sekadar untuk memujuk kini tiba-tiba bertukar channel untuk mengenakan Yama pula.

 "Apa Bang Jan?" Yama menarik earphon yang di plug di kedua belah telinganya apabila perasan abang nya tiba-tiba tersenyum sorang-sorang. Aizan yang baru menyedari suasana sepi tadi adalah disebabkan oleh si Yama yang sedang asyik dengan iPod Mini nya terus memalingkan mukanya ke arah Taiyu yang sedang menahan gelak di sebelahnya. "Kureng punya adik. Kau pon sama Taiyu. Bukan nak bagitahu yang si Yama tu dah hanyut pergi tempat lain." Taiyu hanya mengangkat kening kanannya tanpa membalas apa-apa.

 "Cakap apa bang? Sorry tak dengar tadi." Tanya Yama yang tidak berpuas hati dengan abangnya yang tidak menjawab pertanyaannya. "Abang cakap Sailormoon cancel beli and bagi sini iPod awak tu. Jangan nak bawak seludup masuk kem pulak." Rupanya-rupanya Aizan yang kini berusia 25 tahun masih bersikap seperti Yama yang berusia 16 tahun. Kecil betul hati abang si Yama ni rupanya apabila gurauan nya tadi tidak mendapat sambutan dari adiknya.

"No no no no. Dalam ni ada macam-macam. Torture la bang kalau dengar ceramah je 4 hari 3 malam. And kenapa tetiba cancel sailormoon? Perjanjian mana boleh langgar bang. Macam mana nak jadi cikgu contoh ni. Kalau janji pon tak boleh pegang."

 "Tak payah banyak cakap. Belum apa-apa lagi dah nak langgar rules." Sebelah tangan Aizan di hala ke arah Yama yang berada di kerusi penumpang di bahagian belakang menunjukkan dia serious mahu Yama menyerahkan iPodnya itu.  "Yela. Amik la. Kalau rosak siap la Bang Jan." Sedegil-degil Yama, dia masih tahu untuk membaca nada abangnya sama ada dia sedang serious atau masih dalam nada bergurau. Sebaik sahaja Yama menyerahkan iPod Mini nya kepada Aizan, Peugeot 307 yang dipandu Aizan kini kembali pada keadaan asal mereka iaitu SENYAP.

15 minit kemudian...

"Okay. Dah sampai. Ingat Yama, behave. Awak bukan pegang nama awak je dekat sana. Nama sekolah sekali. So control sikit. Taiyu pon sama. Abang kena pergi sekolah balik. Ada kelas pukul 10. Take care korang berdua. Assalamualaikum." Yama dan Taiyu membalas salam Aizan sambil kedua-duanya menyalam tangan Aizan.

Mereka berdua melihat Aizan memandu keretanya keluar dari kawasan masjid dan keduanya serentak duduk di atas bagasi yang bakal dibawa ke kem tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Satu minit. Dua minit. Tiga minit.

"Yuyu, kau ada kawan ke dekat kem nanti?" Yama yang sangat dikenali sebagai a loner di sekolahnya tiba-tiba risau jika dia bakal keseorangan di kem nanti. "Yuyu, macam mana kalau aku tak ada kawan nanti? Macam mana kalau room mates aku semua tak nak kawan dengan aku? Habis la aku nanti. Mesti kena makan sorang-sorang. Lepas tu kalau ada LDK, orang mesti tak nak kerja dengan aku."

Selain dari a loner, Yama merupakan seorang yang introvert, dia bukanlah seorang yang anti-social. Yama hanya lebih gemar bersendirian dan menjauhkan diri dari perkara yang memenatkan diri nya seperta perbualan kecil-kecilan. Perkara ini sentiasa menjadi punca utama dia kekurangan kawan, kerana bagi orang luar Yama dianggap sebagai seorang yang sombong dan susah untuk didekati.

Traits nya ini lah yang menyebabkan Taiyu juga jarang mengeluarkan suara nya bila bersama dengan Yama. Mereka gemar dan senang dengan situasi yang senyap sejak kecil."Jangan risau. Aku ada. Dah janji dengan Bang Jan. Ada apa-apa cari aku." Itulah ayat yang sering kali diucapkan oleh Taiyu kepada Yama apabila Yama sering disalah tanggap oleh kawan-kawan mereka. Ajaib nya juga, empat ayat itu sudah cukup untuk menenangkan Yama. Mungkin itu sebabnya kenapa Yama senang bekerja dengan Taiyu walaupun dia sering mengata sepupunya di sebalik tabir.

"Oka...."

"Taiyu! Kenapa tak bagitahu dah sampai? Penat aku pusing masjid ni cari kau." Belum sempat Yama menghabiskan kata-kata penghargaannya buat Taiyu, ayat nya secara mengejut di potong oleh seorang lelaki yang berpakaian pengawas dalam keadaan yang kurang lengkap.

"Bagitahu pakai apa? Microphon masjid?" Balas Taiyu yang masih setia dengan nada monotone nya dan mata yang tidak berperasaan.

"Hahaha. Kau ni sama je macam sebelum ni. Tak penah tak lawak. Hahahaha" Gelak lelaki tadi tidak putus-putus.

Lelaki ni betul ke tak? Dia tak nampak ke Yuyu tengah annoyed tu. Kesian Yuyu. Sabar sabar Yuyu. Aku paham perasaan kau. Tapi kau tak adil. Dah ada geng! Yuyu jangan tinggal aku. Habis la aku. Yuyu mesti ikut lelaki ni pergi dekat geng diorang nanti. Confirm sorang-sorang la aku kali ni.

"Yama aku ada. Rilex."

Huh? Yuyu. Kau lah keluarga aku yang terbaik. Kau sorang aje yang boleh paham monolog dalaman aku. "Yuyu. Kau confirm ada 6th sense. Kakkui! Fewit fewit! Hehe. Thanks. Dah lega dah."

"Pftt. 6th sense? Sapa ni Taiyu. Adik kau ke?"Tanya lelaki tadi yang baru perasan akan kewujudan Yama.

Taiyu yang masih menunjukkan riak muka malas hanya setia menjawab dengan nada yang malas juga. "Tak lah. Auntie."

"Betik Taiyu?! Muda gila auntie kau! Ehem. Ehem. Saya Fayyadh. Kawan Taiyu. Nama auntie?"

Auntie abah kau. Rabun la mamat ni. Kenapa la kau ni sangat dense. Tak apa lah malas aku nak explain, bukannya nanti aku ada kena apa-apa dengan dia. Yama memutuskan untuk membiarkan sahaja sikap lelaki yang baru dikenalinya itu kerana tidak pasti samada lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Fayyadh itu adalah seorang yang senang bergurau atau seorang yang tidak sedar orang sedang mengenakannya

"Saya Mayamin."

Sunday, June 17, 2012

Ice Cream [02]

Suasana di kaki tangga yang terletak di bangunan tingkatan lima masih sunyi sepi menandakan waktu rehat masih belum tamat. Kelihatan satu kelibat manusia yang sedang duduk di bahagian tengah anak tangga sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuknya pada kepala lutut menunjukkan level boring nya kini sudah masuk level super saiya. Masuk bulan ini sudah hampir dua bulan Yama ditugaskan untuk mengawasi tangga yang mempunyai lebih dari 60 anak tangga tersebut tiap kali tiba waktu rehat.


Bila la nak genap dua bulan ni. Aku nak mintak bertugas dekat kantin pulak nanti. Kenapa la kena bertugas dekat bangunan terbiar ni. Tak ada hati perut punya leader. Kalau ye pon nak balas dendam bagi la aku jaga bangunan tingkatan empat ke enam ke. Ni kena yang lima jugak. Tenat la aku lama-lama dekat bangunan gloomy ni.  

"Yama! Nanti dah habis waktu rehat, Cikgu Aizan nak jumpa dekat bilik dia."

Yama yang tadi sedang galak mengata leader nya dalam nada monolog, hampir-hampir memaki hamun rakan nya yang datang selamba tanpa salam.

"Waalaikumussalam. Hemmmm, kau rupanya Yuyu Aku ingat makhluk mana tadi. Tiba-tiba je muncul. Kenapa Cikgu Aizan nak jumpa aku?"

Yuyu yang menyedari kesilapannya tadi hanya memandang ke langit tanpa mempedulikan sindiran yang datang dari Yama. "Reason aku tak tahu. Apa-apa pon jumpa je dia nanti."

"Ye lah. Nanti da settle ni aku pergi jumpa dia." Balas Yama dengan nada yang malas. Yuyu hanya menganggukkan kepalanya dan beredar dari tempat tugasan Yama. Adeh. Dasar lelaki kurang perkataan. Tak boleh ke cakap banyak sikit. Ingat keluar emas ke kalau  cakap lebih-lebih dengan aku. Dah bertahun-tahun kenal, perangai macam tu jugak. 

Yama dan Yuyu sebenarnya tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mereka juga merupakan sepupu, tetapi perkara tersebut hanya dirahsiakan dari pengetahuan pihak sekolah tanpa sebarang sebab yang jelas.

"Assalamualaikum cikgu. Knock knock!" 

"Waalaikumussalam Mayamin. Masuk. Kalau ye pon malas nak ketuk guna tangan pon tak payah la ketuk guna mulut. Lagipon saya bukannya tutup pintu tu." Sindir Cikgu Aizan pada Yama yang sudah mula menggaru-garu pangkal hidungnya.

"Roger cikgu. Maaf, saya gurau je cikgu. Jangan tolak markah test saya pulak nanti." Jawab Yama yang menyedari Cikgu Aizan yang sedang sibuk menanda markah ujian kimia kelasnya. Cikgu ni tengah mark paper pon mulut dia sempat lagi nak mengenakan orang. "Errr, cikgu. Tadi Taiyu kata cikgu nak jumpa saya. Ada apa yang cikgu nak saya uruskan?"

Tangan Cikgu Aizan yang dari tadi masih lancar menyemak kertas ujian kelasnya tiba-tiba berhenti dan fokusnya kini telah diberikan kepada Yama yang sedang berdiri tegak di hadapan nya. "Eh, awak makan bubble gum depan saya? Dah tiga tahun awak jadi pengawas. Sepatutnya awak lebih berdisiplin dari pelajar-pelajar lain. Kalau senior perangai macam ini, susah lah saya nak hantar awak pergi kem bimbingan pengawas nanti?"

Gulp! Bubble gum yang tadi nya dikunyah oleh Yama kini telah selamat masuk ke bahagian perutnya. "Uhuk! Uhuk! Apa cikgu? Kem?!" Rupa-rupanya bagi Yama perkataan kem lebih menusuk di telinga Yama dari teguran yang berdas-das datang dari cikgu nya tadi.

"Tak nak la saya cikgu. Kenapa saya yang kena. Allergic la cikgu kem-kem ni. Pilih la orang lain. Lagipon parents saya mesti tak bagi saya bermalam lama-lama dekat luar. Kem pengawas yang saya kena pergi masa form two sebelum ni pon bukan main payah nak dapat kebenaran. Tu baru buat dekat kawasan sekolah. Ni confirm kena dekat luar kan? Saya yakin mesti saya tak dapat pergi. Dijamin!"

Kelihatan Yama yang beria-ia meyakinkan cikgunya yang dia bukan lah pilihan yang tepat untuk dihantar ke kem tersebut.

"Kalau pasal parents jangan risau. Itu saya dah settle kan. Dah dapat green light, and awak bukan pergi seorang. Berdua."

"Berdua?"

 "Ye, dengan Taiyu."

"Taiyu..... Taiyu?!"

"Yes! Kenapa terkejut? Awak berdua akan pergi kem tu untuk dapat bmbingan macam mana nak handle jawatan ketua pelajar dan penolong ketua pelajar."


Biar betul abang aku ni. Suka-suki dia je nak hantar aku pergi kem tu. Patut la malam tadi nampak sibuk sangat berbincang dengan umi dan abah lepas makan malam. Mesti dia mintak kebenaran bagi aku pergi kem ni. Tapi kenapa dengan Taiyu. Taiyu si mamat stoic tu.  

"Ala Bang Jan orang tak nak pergi." Yama membuat muka kesian sambil berharap abang nya membatalkan hasrat nya itu.

"Dekat sekolah Cikgu Aizan." Eh budak ni. Tadi aku tegur makan bubble gum selamba je buat tak dengar. Sekarang ni baru nak tayang muka sedih dia tu. "Kami dah decide nak hantar awak berdua. No compromise."

"Mana boleh macam ni. Ni dah salah guna kuasa ni. Jadi cikgu tak sampai setahun dah nak hantar adik sendiri pergi kem. Lepas tu kena angkut Taiyu sekali pulak. Kalau orang tahu mesti diorang cakap 'Cikgu Aizan ni bias, pilih kasih lagi. Hantar family sendiri je. Tak ke nazak nanti CIKGU AIZAN?" Sengaja Yama menekankan intonasinya di gelaran Cikgu Aizan tersebut dengan niat mahu menyakitkan hati abangnya yang mungkin sama species dengan Taiyu. Dasar hati batu, kayu, daun. Huuuuu.

"Kan tadi saya cakap KAMI. Maknanya keputusan tu bukan terletak pada tangan saya je." Cikgu Aizan yang tadi berhajat untuk menerangkan perkara yang sebenar pada Yama memutuskan untuk tidak meneruskan perbualan ini dan mengarahkan Yama pulang ke kelas kerana telah mengambil masa belajar Yama lebih dari yang dirancang nya. 

"Yama nanti balik kita bincang lagi. Buat masa sekarang awak balis kelas dulu." Yama hanya berlalu dari bilik Cikgu Aizan tanpa membalas sepatah perkataan dengan riak muka tidak puas hati.

Wednesday, June 6, 2012

Ice Cream [01]


"Yama, kau dah siap ke? Betul ke ni kau nak join? Tak menyesal? Aku suka je kalau kau join, tak ada la aku sorang-sorang je nanti ahli perempuan kelab tu. Tapi takut kau tak enjoy pulak nanti.." Lepas satu-satu soalan yang diaju oleh MN pada Yama yang tengah sibuk membelit selendang di kepala, tengah bersiap-siap untuk turut serta pergi ke mesyuarat Kelab Umno Southampton atau lebih dikenali dengan nama KUS oleh pelajar Malaysia di Southampton University.

"Ye la MN. Aku yakin je ni haa nak join kau. Jangan lah risau. Insya Allah tak jadi pape nye dekat aku ni. Dah setahun lebih kita dekat sini. Tapi aku ni kenal orang pon budak perempuan batch kita je. Lepas tu budak course aku yang tak la berapa nak banyak mana tu. Kalu dikira pon cukup-cukup je dengan jari sebelah tangan aku ni, nak tunjuk betapa sedikit nye la kenalan aku. So kira ni salah satu alternative aku la nak tambah kenalan." Eh panjang sangat la explanation aku ni, bukan nya si MN tu tak tahu motif aku nak join KUS ni. 

Hampir lima minit Yama mengambil masa untuk membelit-belit selendang di kepala dan leher nya, kedengaran jeritan datang dari bilik sebelah. "Yama! Kita dah lambat ni, aku baru perasan message cakap meeting tu pukul 6.30 petang. Sekarang dah 6.20 petang. Cepat-cepat, kalau sampai lambat sangat segan pulak nak masuk biling meeting tu." Rumah Yama dan MN terletak betul-betul di belakang university dan hanya mengambil masa dalam 6 minit perjalanan kaki, tapi itu hanya sampai di area library. Kalau nak ke building school lain bermaksud speed kaki manusia mereka tu kena la ditambah sedikit . 

Kebanyakan pelajar tempatan di sini ke university hanya dengan berjalan kaki, berbasikal, berskateboard atau berscooter pon ada. MN dan seorang lagi housemate nya memiliki basikal sendiri. Tapi si Yama ni kedekut sikit nak berbelanja ke arah tu. Maka dia hanya mampu berkaki manusia. "Sorry MN, kau kena jalan kaki jugak sebab nak kena teman aku." 

"Alah rileks la, aku okey je pon. Tak apa, jangan cuak-cuak. Kita chill je, lagipon sekarang ni dah gelap cepat sangat. So, diorang faham-faham je la. Nasib baik aku dah Isyak dah tadi. Tak de la nanti balik penat-penat nak kena sembahyang lagi." Jawab MN cuba menenangkan Yama kawannya yang mudah gelabah. Sekarang di Southampton tengah musim sejuk, semua waktu solat sudah cepat masuk. Boleh dikatakan bila jarum jam mencecah pukul 7 malam, kesemua solat lima waktu sudah boleh settle.

Aise, aise, aise, habis la aku. Kesian dekat MN jugak. Chill sangat tengok apa dah jadi. "Assalamualaikum! Maaf kami lambat 10 minit!" Yama dan MN yang tadi sedang cuak sebab tiba lambat di bilik yang ditetapkan untuk meeting pertama KUS sesi 2010/2011, hairan kerana bilik yang sepatutnya diisi ahli seramai 12 orang AJK KUS, hanya terdapat enam orang termasuk mereka berdua. "Errr... MN, kita tak salah masuk bilik kan?" MN yang tadi masih bingung-bingung keluar untuk memastikan mereka berada di bilik yang sepatutnya. "Dah betul dah ni, papan tanda dekat pintu ni tulis 1083"

"Waalaikumussalam! Sorry lambat balas salam. Mulut kena tutup dengan tape tadi." Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang sedang duduk di penjuru meja sambil tangannya sedang sibuk menggumpal tape yang mungkin tadi melekat di mulutnya.

"Hah? Tape? Err.. Okay." Tape dekat mulut? Apa kes pakcik megane* ni. Sejenis hobi baru ke main tape-tape mulut di masa lapang? Tak paham aku. "Eh, MN selamat ke AJK KUS ni? Risau pulak aku tengok." Yama yang masih dalam keadaan gelabah dan confuse tadi telah cuba untuk memulakan sesi mengorek background AJK kelab. "Haha, sorry Yama. Dia tu memang 'kreatif' sikit. Lama-lama nanti kau mesti rasa dia tu makhluk yang biasa. Jom lah kita duduk, penat aku berjalan tadi."

Betul ke MN ni? Tapi dia dah kenal pakcik megane ni lagi lama dari aku. Layan saja la, bukan dia ganggu hidup aku pon. Yama kemudian memutuskan untuk duduk disebelah MN dan mengeluarkan iPod Touch nya lalu terus menekan 'Angry Birds'. Dia memilih untuk menembak makhluk yang tidak berleher dan berwarna hijau itu dari memikirkan kekreatifan pakcik megane yang baru ditemuinya sebentar tadi.

Sedang Yama tengah khusyuk dengan sesi menembak-nembak makhluk hijau itu, bilik yang ditempah untuk sesi mesyuarat kini telah dipenuhi dengan AJK KUS.

"Assalamualaikum dan selamat datang ke Mesyuarat pertama KUS sesi 2010/2011. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK lama dan baru KUS yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Saya tahu kita sekarang tengah Winter Break. So, mesti la korang semua nak rehat je dekat bilik. Despite that, thanks for coming guys. Saya Yaakub, Pengerusi Kelab ni. Okay, perkara pertama yang kita nak buat kali ni ialah memperkenalkan diri masing-masing. Takut ada sesiapa yang terlupa dia pegang jawatan apa pulak nanti, saya jugak yang susah. Kita mula dengan saya ye."

"Saya Yaakub Mohamad Zin, Postgrad engineering student and Presiden kelab"

"Saya Nur Fayyadh Farahi, 3rd year Biology and Naib Presiden." 

Yama yang tadi masih lagi khusyuk bermain dengan ipod yang disorok di bawah meja tiba-tiba tergamam terdengar nama yang disiarkan di ruang udara. Eh, apa dia Fayyadh Farahi? Cop cop, siapa Fayyadh Farahi tadi? Jangan cakap pakcik Megane tadi Fay?

"Er, saudari yang bujet tengah cover main game tadi boleh perkenalkan diri?" Tiba-tiba pakcik Megane tadi bersuara.

"Yama turn kau lah, kan tadi aku bagitahu kau pegang jawatan setiausaha. So turn kau sekarang ni." bisik MN di sebelah Yama.

Turn aku? Saudari? Dalam bilik ni ada dua orang je saudari. MN tengah sibuk menulis, so aku la sapa lagi kan. Macam mana boleh kantoi tengah main game ni. Tapi pakcik tu... tak mungkin kot. Tak mungkin kecik sangat dunia ni. 

"Kenapa ada masalah ke? Dah boleh mula perkenalkan diri?" Desak pakcik Megane buat kesekian kali nya.

"Maaf maaf. Boleh sangat. Nak kena cakap apa ye? Emmmm. Nama, course, tahun n jawatan kan? Okay okay." Kenapa dengan kau ni Yama, jangan la kalut sangat. Rilex rilex.

"Saya Raidah Mayamin Mohd Rasyad, 2nd year Chemistry and Setiausaha. Saya ahli baru kelab ni, jadi mintak tunjuk ajar dan kerjasama dari semua. Terima kasih." Fuh lancar-lancar. Tahniah buat diri sendiri. Yama yang dari tadi asyik gelabah tiba-tiba berasa bangga kerana dapat perkenalkan diri tanpa sebarang masalah teknikal.

Level gelabah si Yama ni agak tinggi sebenarnya, sampai sesi suai kenal kecil-kecilan ini pon telah dapat membuatkan dia merasa bangga diri apabila semuanya berjalan seperti yang dirancang di kepala otaknya yang penuh dengan anime dan manga. Tapi- tapi kenapa macam tiba-tiba rasa aku punya dahi ni macam kena laser je. Ada apa-apa ke dekat depan aku ni? Sedang Yama sibuk menekan-nekan dahinya sambil mengangkat kepala untuk melihat dari mana sumber laser invisible tersebut. 

'Ba-thump' kedengaran jantung Yama yang secara tidak langsungnya telah melangkau satu degupan apabila menyedari sumber laser itu datang dari empat mata pakcik Megane.

Bersambung mungkin.

*Megane  ; glasses

Monday, June 4, 2012

trailer kah?

hari ini mungkin menjadi hari pertama dalam hidup seseorang.
hari ini juga mungkin menjadi hari terakhir dalam hidup seseorang.

gema suara yang dijerit pada hari itu masih kekal di ingatan Yama.
adakah mungkin ada hari untuk janji mereka menjadi kenyataan?

coming soon....

Friday, June 1, 2012

i i i gadget


koleksi sebelum pulang tanah air. \( `.∀´)/ 

Monday, July 11, 2011

winter 2010 in KOREA

hye hye!
let's go to korea!


Day 1
gyeongbokgung palace

Day 2
lotte world

Day 3
Myeondong

Day 4
Namsan tower

Day 6
JYP studio

coffee prince's shop


that's all for now. caio!

Wednesday, March 2, 2011

Election di Soton

busy2. kejap2 nak kena dengar orang tu punya manifesto. kejap2 orang ni datang menyemak dalam lecture nak promote diri. pastu bila nak pegi uni shop je mesti penuh depan tu dengan orang2 yang nak bertanding macam2 jawatan. haih. penat jugak jadi pengundi ye. haha.


tapi fun la tengok diorang semangat bertanding ni. banner la poster la crews la sume nye duk merata2 je dalam uni ni. sampai atas pedestrians pon ada haa papan promote diri. habis la aku pijak2. sebab tau dah, diorang letak situ memang untuk aku pijak pon. hihi.




kalau ikutkan dalam banyak2 tu ada sorang je kot yang menarik minat aku. dia gelar diri dia pakcik sam. manifesto dia pon macam best. dengar citer dia macam titik beratkan jugak untuk international student ni. kalau ta silap, dia macam menjanjikan prayer room yang lagi besar kalau dia menang. bagus tak, bagus tak? pakcik sam ni pon budak postgrad chemistry. bertambah2 lagi la reason aku untuk vote dia. sempai kot. tee hee. oleh itu selamat menang pakcik sam. ;)


Sunday, February 27, 2011

Susah-susah Je

geh. penat2, kenapa ye bila makin bertambah sem makin susah benda yang dibelajar. sebelum2 ni belajar dari reactant macam mana nak dapat product. tapi sekarang belajar dari product, reactant apa yang hasilkan product. dia da jadi terbalik da. kalau possibility untuk reactant tu memang ada satu je tape la. ni nak kena consider reactant tu mungkin akan react2 lagi dengan yang lain pastu keluar apa la. haih. haih. haih. banyak nya merungut. sungguh ta bagus untuk kesihatan. =.=

kalau ikutkan ada lagi yang mencabar dari yang ini, sem ni kena approach real-world problems pulak. ye la, memang la apa yang dibelajar ni kita memang guna untuk real world. kalau ta, apa guna belajar penat2 kan. ta kan la untuk dapat first class degree semata (amin). tapi masalahnya la, sungguh pelik2 real-world problems ni. kejap2 kena kira mass meteor la, pastu cari bila earth ni start hidup la. lagi tu siap jadi penasihat fire fighter lagi. (sebelum ni aku ingat chemist ni main2 dengan molecules je la, sekali boleh jugak jadi fire-fighter advisor) and kira2 kalau ko stranded dekat antartik nu, bape lama dapat hidup dengan makan corpse je. haish haish haish. (da bertambah satu huruf bila merungut) huhu.

tapi nak buat macam mana kan. mana ada benda yang senang dalam dunia ni. (benda free pon da ta de, kata orang la) da ini yang aku pilih, ini jugak la yang aku kena tempuh sampai habis. sekarang ni aku rasa nak belajar makin susah pon sebab aku da jadi ketagih gila nak tengok anime. tengah2 study pon aku sempat lagi nak plan tengok anime apa. ini la padah nya bila internet laju macam apa. (maaf, masih belum jumpa perbandingan untuk beliau) sekarang aku baru je siap buat assignment untuk thermodynamic and equilibrium. tutorial organic pon aku da jawab jugak. so tinggal lab report dengan tutorial inorganic je lagi. semangat aku la ni berkobar2 gila nak tengok FMA : Brotherhood. (maaf la bukan berkobar2 nak revise 1st year punya module) isk isk isk.


padahal kalau ikutkan sebelum ni aku bukan main semangat lagi nak revise balik semua2 yang aku da belajar. tapi semangat tinggal semangat je la. tunggu masa je bila semangat tu nak berkobar balik. huuu.. ok la, nak pegi tengok anime pulak. nanti petang2 nak kena bersih toilet pulak. (bertugas bersihkan toilet this week)

btw, today is my sister's bitrhday. so.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
MAY GOD BLESS!
MAY YOU HAVE A WONDERFUL YEAR AHEAD!




Saturday, February 26, 2011

bunyi guitar


best kan kalau pandai main alat muzik. best kan kalau dapat je apa2, terus pandai main ta payah nak belajar2 notes la chords la. best kan kalau diri tu tensai/genius (prodigy). huish. sekarang ni tetiba terasa macam nak main guitar je. tangan pon da macam tergatal2 je nak masuk ebay cari guitar murah2 satu. (ceh ingat tangan gatal2 nak main guitar, masuk ebay je pon. huh) cuma tinggal ta terbeli2 je lagi. ta dapat lah nak imagine betapa cool and macho nya diri ni bila balik2 malaysia je dapat main lagu barang sekeping dua. FUHLAHMAK! cair doh jejaka yang memandang. erk.

tapi masalahnya diri ini bukan la tensai dan seangkatan dengannya, yang bila dapat je guitar terus dapat main lagu meletop2. ufufufu. maka sebelum nak dapat main dengan skill level tertinggi kena la tahu basic dulu kan. haaa, tu part yang malas tu (bukan lagi masalah ye, tapi malas). bila da beli guitar tu confirm2 la kena practise. kalau setakat beli buat decoration a.k.a semak dalam bilik je baik ta payah. buang duit, buang space je. tch tch tch.

hurmm.. kenapa la tetiba minat nak main guitar ye. kenapa ta piano ke, ta drum ke, ta clarinate ke or mengapa tidak serunding eh silap, kenapa tidak seruling? sebab nya, piano and drum tu confirm2 la mahal. mana la aku nak korek duit nak beli and confirm lah mereka itu sangat besar lagi berat, ta mampu2. tapi serunding eh asyik2 serunding je, lapo ke apo ekau ni. huuu. ok2 kenapa tidak seruling or clarinate? sebabnya dua mendalah ni kena meniup and memang da tau dah paru2 aku ni ta de la besar sangat nak sedut udara banyak2. ceh, yakin je. haha. ok la, kenapa guitar ye. sebab nye lah lately ni aku asyik duk tertengok prodigy yang pandai main guitar je. mungkin kalau tertengok prodigy yang ke arah kompang, angklung or gamelan, mungkin diri ini akan mempunyai tendency ke situ pula. MUNGKIN.

tambah2 lagi housemate aku pon ada guitar jugak. bila masuk bilik dia je mesti aku kelentang kelentung kan guitar dia (case buta notes/chords)so terasa terliur pulak la nak ada guitar sendiri. maka di sini, mungkin aku juga tidak lama lagi bakal memiliki guitar sendiri. MUNGKIN. ditegaskan lagi. mungkin jugak tidak lama lagi aku pandai main macam abang sulong aku. MUNGKIN ye. penegasan lagi. huhu. dia tu aku tatau la play by notes ke by ears. kagum betul aku.

oh ya, kebetulan tu alang2 da masuk topik ni, nak simpan la kat blog ni dua manusia yang aku terjumpa memang masyuk gila bila main guitar. eventho yang second tu pelakon je, but still dia tetap masyuk.

presenting.

SungHa Jung!

August Rush!


Saturday, February 19, 2011

sorry

sorry.
my emotions got into me.

sorry.
it's not supposed to be that way.

sorry.
i've no right to be angry.

sorry.
how i wish we never started it.

sorry.
how i wish we can go back to those days.

sorry.
how i miss the times we laugh together happily.

sorry.
i can't wish happiness for you.

sorry.
i can't say these words to you.

sorry.
vain got into me more than anything.

sorry.
let's forget it.

sorry. sorry. sorry.

sorry.
i know i'll regret it some day.


but, as for now let's just wait until that day come by itself.


Sunday, February 13, 2011

Sen No Yoru Wo Koete

Insya allah, this will be my last post of the broken hearted girl.



I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared, even if I’m hurt
I can say “I love you” to the person who I love

Do you love me? Or not love me?
As for things like that, it’s already fine either way
No matter how I wish
There are many unchangeable things in this world, right?
That’s right, and because only the fact of my loving you
Is the truth unchangeable by anyone

I want to overcome the thousands of nights and tell it to you
There’s something that I must tell you
I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared
Even if I’m hurt, I can say “I love you” to the person who I love
It’s scary to turn my feelings into words
But I can say “I love you” to the person who I love

In this broad world, I can’t express the joy of encountering you with words
So we smile, sing about the vividly passing autumn in do-re-mi
Turn our backs on winter,
wait for the sunlight streaming through trees in spring
And become reborn anew,
so that we can protect someone

On the path we came from and our destination,
when we looked back, I’d always have timid eyes
I want to face you, but I can’t be honest
I, who repeated days of not being able to straightforwardly love my partner
And hated being alone on that day
Seemed to love people while unwounded

I’ll overcome the thousands of nights and go meet you now
There is something that I must tell you
I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared
Even if I’m hurt, I can say “I love you” to the person who I love
Even if those thoughts aren’t fulfilled,
I can say “I love you” to the person who I love



Saturday, February 5, 2011

zetsubou



There’s nothing more frightening
Than losing something you’ve obtained
To want anything and everything
That is the pledge of those led astray
Do you wish
For someone to understand you?
You sought for it again, why did you give it up?


I wonder when that loud throbbing of my heart stopped
And disappeared so easily away

Friday, February 4, 2011

nothing

sekarang da masuk sem baru. just harap semangat study lepas exam hari tu ta pupus lagi, moga 2 masih melekat la semua benda yang da baca sebelum ni.

"i'm still waiting for the sunshine.
guess it's only shine in my mind."

Monday, January 31, 2011

reality


i always wondered why it was only me
who had it this hard
when everyone around me always looked so happy
however when i spoke with u
it made me feel better, even if only a bit
maybe it's because u were able to sympathize with me
sometimes unknown troubles
seem to come at us all at once
like a monster trying to crush our resolve
but there are becoming
more and more people
who i can say that i'm glad to have met
and that feeling is always with me
whether we are encouraging each other or being mean
now together we are on our way to a place
that neither of us could reach on our own.

Friday, January 28, 2011

burst

there's so much going on inside.
somehow she doesn't know how to repress it anymore.
can one realize that she's done wrong after a long period of time?
can one just forgive and forget?
how she wishes she can do that.
how she hopes she can just disappear.
if only there is no starting point, then there will be no ending.
if only hope is not with her, then she wouldn't know despair.

Sunday, November 28, 2010

A for award


alright. let me thank her first for the award she gave. thanx to cik diana for the award. eventho i barely sign in rite now. but i feel appreciated. hihi. love u girl.


as usual, let's do what the award told u to.

firstly : thanks the person who gave u the award and link that person.
already done!

secondly : spread the award to another 10 blogger who 'which is me' like and think their blog are awesome.

can i just spread it to all of my blogger friends? i think they got their own coolness and awesomeness part. so to u who read this post, do feel free to take it. *but do give me credit* ;)

thirdly : tell 7 things about urself.

i'm superbly awesome.
i'm amazingly arrogant
i'm obviously distorted
i'm greatly selfish
i'm deeply feeling less
i'm mostly annoyed
i'm secretly stingy

alright. now i'm done. for those, whom i gave the award to. do enjoy it and display it in ur belog.


Thursday, September 23, 2010

perjalanan


tik tok tik tok biological clock aku duk berbunyi. eh silap, jam rumah aku berdetik. lagi seminggu je tinggal untuk aku bermanja dengan family ni. selepas seminggu insya allah, aku akan berangkat kembali ke soton untuk futher study masuk 2nd year pulak. alhamdulillah, masih dikurniakan rezeki untuk sambung belajar di negara orang. sedihnya kena tinggal family, tapi gembiranya jugak nak balik tempat belajar balik. cuma yang tengah ta best sekarang ni is my summer homework aku sangat ta dapat nak buat coz i don't have my notes right now. arghhhh! otak da terkena iron(II) oxide. tolong2. ><

tolong2 pon post kali ni aku nak upload pic tempat2 yang aku da jelajah sepanjang 1st year di sana. tapi ta semua yang aku dapat masukkan, ini just sikit sebanyak untuk aku simpan dalam akaun bank belog aku ni sajork. jom memulakan perjalanan.

ini time aku dengan friends pergi beraya di london. MSD kat sana buat jamuan raya sikit, tu pasal pakai baju kurung. seharian berjalan round london dengan baju kurung. memang membanggakan negara malaysia kan saya ni. promote baju kurung kat orang asing. tee hee.






ini pulak masa aku, punya easter break vacation. first country saya terjah france. ta lama pon kat sana. just dua hari semalam je. so tempat pon ta banyak pergi. just disneyland and eiffel tower sajork.








kemudian aku pergi terjah italy pulak, memula pergi venice dulu. kat venice tu semua bangunan dia duk tepi laut. so nak g jalan jauh sikit kena naik boat. huhu. tapi building dia sangat2 cun. cuma kat sana church sangat banyak. kira dia versus la dengan istanbul, masa aku pergi melawat istanbul dulu, tempat tu penuh dengan masjid je. ;))





lepas di venice, aku pergi sesatkan diri di pisa pulak hanya semata2 nak jimatkan kos perjalanan. tapi alang2 da sesat kat situ mesti la pergi melawat menara condong. ;)



okay la, tu saje yang nak share kali ni. chiao!


Wednesday, September 1, 2010

award.


domo arigatou for the award! award ini datang dari cik diana. and seperti biasa award ni ada la pantang larang dia. jadi mari-kita-check-it-out.


kepada sesiapa yg bkl menerima tag nieyh..
WAJIB utk memberikn or tag kpd 5 orang yg lain..
*Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing (kat entri tau...sape xletak kne denda)


*Sebelum kamu rang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link kamu sendiri di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang dia akan dapat ialah :-

Posisi 5 : jumlah backlink = 5

Posisi 4 : jumlah backlink = 25

Posisi 3 : jumlah backlink = 125

Posisi 2 : jumlah backlink = 625

Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .
Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .
[Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - backlink - trafik - page rank meningkat]

demikian rules untuk penerima yang bakal di tag award ini. marilah sama2 mendistribute ini award.

4.Fatin
5. Aina