salam blog.. sihatkah anda? anda hidup ke? anda paham ke nukilan hati saya ini? kesian anda saya jadikan tempat luahan hati dan perasaan yang saya x dapat luahkan pada sesiapa sahaja dengan perkataan.. semoga tulisan ini sudah memadai.. maaf ye blog.. sekarang tengah study mechanics, tapi sempat lagi saya menulis ni.. nak buat macamana, hati saya sangat tidak senang.. saya terlalu memikirkan hal2 remeh yang tidak sepatutnya saya fikirkan.. apa yang saya fikirkan? mesti anda tertanya2 ye blog.. blog.. perlukah saya terlalu susah hati dengan perangai mereka? adakah mereka itu sebenarnya hipokrit? yang berpura2 mahu berkawan dengan saya kemudian mahu merampas kawan saya? ataupun adakah saya sendiri yang perlu saya risaukan? kerana terlalu prejudis.. tertutupkah minda saya dalam hal ini? ataupun adakah saya sendiri hipokrit dalam persahabatan.. berkawan bila senang dan tinggalkan bila susah.. itu yang sering disebut2kan dalam persahabatan.. kadang2 saya tertanya2, perlukah saya bersahabat? perlukah saya mempunyai sahabat lebih dari seorang? ataupun adakah saya memerlukan seorang sahabat sahaja yang begitu mengenali diri saya? tetapi di mana saya nak cari orang seperti itu? kadang2 saya selalu terfikir yang saya dah jumpa sahabat itu, tapi pada saat saya terfikir she/he is the one, but then the person will go far away from me.. kenapa tu? masalah sayakah? paranoid kah seorang Mariam Asyiqin?
kemudian saya rasa saya tidak perlu bersahabat.. tapi saya sering leka dan terlalu senang untuk rapat dengan mereka, kemudian saya sendiri yang terluka.. kawan? adakah mereka wujud untuk saya? mahukah mereka berkongsi susah,senang,gelak tawa, sedih dan kerisauan saya ini?
No comments:
Post a Comment