Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, July 19, 2010

bernovelicous~


ciao!

today post ada kena mengena dengan buku tebal2 pastu citer bujet nak panjang jer, ayat kalau ta bunga ta sah and perisa dia pulak ada macam2, nak yang sedih ada, yang kelako ada, yang alim2 sikit pon ada. so tau2 sendiri la yer buku cap apa yang tengah nak dijadikan topik utama post kali ini. okeh, pada last2 punya last week. i ada pergi itu jusco punya kedai dekat itu seri kembangan. dalam itu punya jusco i ada terjumpa kedai buku yang agak popular yang bernama popular juga. so i pon terus la pegi buat edisi terjah dalam itu kedai buku yang agak popular tersebut. terjah bukan sebarang terjah, terjah terus pegi masuk bahagian novel and hasilnya adalah gedebuk 4 lai buku yang terpapar di bawah ini.


u'ols pernah baca tak? okeh kalau tak pernah sila baca synopsis yang i copy and paste from they'ols punya terbitan iaitu jemariseni. nak type terasa angin malas yang bertiup sepoi2 bahasa siam mendatang pula. okeh, check it out lah.

________________________________________
ini synopsis untuk novel yang ada gamba asam boi ke asam girl entah as cover

Sweet Sour by Nasz

AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

for this novel i give * * * * * (5 stars maksudnya, jangan ingat aku pi mencarut ke apa ntah ye tuan puan)

________________________________________

yang ni pulak untuk cover yang ada gamba bunga kuning putih yang kelihatan macam nak damai2 je. novel ni ada 3 cerita each from different authors.

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa

“Kamu orang mana?”
“Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

yang ni i give * * * *

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya

“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

this one pon dapat * * * *

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

and this one i give * * * * *

________________________________________

bergerak pantas untuk novel ke 3 yang ada gamba orang tengah main skate tu and kaler oren2 senja tu pulak.

Versus by Hlovate

I

“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”

“I’m freezing right outside your window. On the roof.”
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”
"
No kidding. Please...”
balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa
mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”

“Minn, I’m dead serious.”

Ashraff Omar berdiri di atas bumbung
porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”

“Back. Off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta.
I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.

untuk yang ini pon i give * * * * * jugak

________________________________________


and now for the last one untuk yang novel ada cover pemandangan and kaler biru tu pulak.

Pada Angin Aku Berpesan by Adileah

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

dalam banyak2 novel. this one lah i paling kuciwa bukan sekali tapi berkali2 masa membacanya. sorry ye wahai author tersebut. kerana hati kuciwa this novel dapat * * je. hukhukhuk
________________________________________

okeh, sekian itu saja my preview untuk buku2 yang setebal lebih dari 4 inci nih. sekarang i tengah mengussha buku2 baru. tadi terjumpa buku baru from syud one of my favourite authors. buku beliau yang terbaru ni tajuk nya

Untuk Awak Teja Aulia.

CoverTejaAulia-web

dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”

“Iya...
tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.
________________________________________

nampak menarik je kan? ta sabar rasanya nak pegi masuk alamanda nih. tapi dalam alam ada kedai buku yang nama MPH je. MPH ni kalau tengok2 sikit, buku JS yang baru2 ni lambat sikit nak keluar compare dengan popular. tapi tunggu dan lihat je lah nanti. orait nak stop dah. mau nonton star struck yang ada sterling knight yang hensom tuh. daaaa~

snap!

Thursday, August 6, 2009

welcome to kelinik belur



hoi hoi eberibodi huh? anak gadis manakah itu? sungguh tidak sopan bahasanye. isk3 cepat betulkan cepat. baiklah semula ye eberibodi eh u'ols. hye hye sume. ri ni me ada citer yang tak berpuas dihati ni. satu kejadian yang sungguh memberangsangkan errkkk.. mukan! membengangkan telah tertimpa oleh me. sebab tu la starting tu mcm kureng manner sikit. maafin yew. esok lusa baru buat balik. tak cukup esok lusa, tulat tubin n seterusnya lah. HIKHIK. eh, kata tak puas hatikan? ni siap buat lawak sewel lak. mesti u'ols marah2 manja gitew dengan me nih. best betul.

okeylah. berbalik semula dengan citer tak berpuas hati ni sangat berkait rapat dengan satu kelinik kesihatan yang terletak cantik je kat dalam negeri selangor darul ehsan yang beribu negerikan shah alam yew. kenapa me pegi kelinik? sakit kah? H1N1 kah? oh no no no! mitak jauh itu sume! me ke sana coz me nak medical check sajork. lagi 2 minggu me ada kursus pre-departure n kursus tu pulak nak lah borang medical check up itew. nak tengok la student2 tu sume sehat ke tak an. act me da dapat awal2 nu lagi form pemeriksaan kesihatan ni and supposedly da buat lama da pon. tapi biasala kan nak tangguh2 dulu. suka berlast2 menit ni.

so me pon pegi la kelinik tu kerna takut tak sempat siap lak sebelum date pegi kursus tu. me pegi kelinik tu dalam pukul 2 petang camtu. tapi an u'ols, nak dijadikan citer nye, eh bunyik cam nak bergossip lah pulak an. HUHU. camni u'ols bila jarum pendek jam elok je kat angka 4 n jarum panjang pulak macam cun 2 je kat angka 12. well guess what?? teka la cepat, teka la. taknak? taknak suda. nak bagitau ni dengan bangganye me punya turn tak tiba2 lagi. comel kan tunggu dalam kelinik tu nak dekat 2 jam tapi turn tak sampai2 an? rasa cam nak bekawan je dengan sume misi2 kat situ. CEIT!

bila da rasa cam best je tunggu lama2 kat dalam tu an. me pon sajork la kontek me punya kawan yang tinggal kat area2 situ jugak. nak tanya dia da wat ke belum an. kalau da dia wat kat mana an. lama ke dia tunggu dengan comel2 an. isk.. bila da cam jiwang2 camtu berkontek dengan dia an. sekali dia gitau yang dia da wat da. and dia wat kat swasta punya tempat, sebab katanya kat government sangat lambat. ambil masa dua bulan untuk dapat result for hepatitis B and 1 month for drug test. gilak lama! terkejut tau me time tu u'ols. plus, dia gitau yang semua tu dia tau dari pekerja dekat kelinik yang me pegi tu jugak la. kenkonon kawan me tu nak wat medical check up kat situ jugak. tapi tak kesampaian hajatnye.so bila da tau an, me pon tanpa segan silu pegi la bilik peksa tu. tanya mana borang sebab nak balik borang tu. memang me terkecewa habis la dengan kelinik tu. sedih sedih sungguh

then me tanya la misi situ betul ke amik masa sangat lama macam yang kawan me tu gitau. and si misi tu, misi lah kot sebab dia tak pakai coat doctor pon. HUHU n jawapan si misi tu same macam me punya kawan. memang tepat sekali bahawasanya kena tunggu 2 months baru siap sume. lepas tu an, dia cam belur
2 je. bukan nya nak mintak maaf ke and kata amik pegi wat tempat len maybe. dia angguk2 cam burung belatuk ke apa ntah. heee.. tak bekenan sungguh tau. paling kurang pon dia buat la aksi tutup me punya form tu and bagi balik ke apa an. ni tak, dia bia je atas meja n tengok2 borang tu dari jauh n angguk2 lagi. AHHA! SUMPAH EKAU BELUR!
tapi yang paling me tak puas hati is dia buat me tunggu almost two hours. my precious two hours! padahal borang tu elok je
terlentang-atas-meja-dia-sebelah-pc lagi. AIYA!


so me pon bergerak pulang la lepas amik form tu dari misi belur tu dengan hati yang bengkak macam kueh bengke. tapi untuk lebih tepat sekali umi la yang paling hangin. habis umi *&##$$@&#^%% kelinik tu elok2 je kat tepi pintu masuk pulak tu. tahniah umi tahniah! HAHAHA


_______________________________________

catatan tambahan di sini untuk sume. me da habiskan lagi satu novel yang bertajuk Bila Dah Suka by Mimie Afinie. menarik jugak novel ni tau u'ols. so eberibodi out there yang minat ngan mimie afinie and tak baca lagi novel ni. me rekomen u'ols baca kay.






Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.


cambest je bila senang fall in love and forgetting ni u'ols. nak wat jugak lah. HIHI



Tuesday, August 4, 2009

kesah semalam



hye hye GBS. apa tuh GBS? isk.. u'ols tatau ke GBS tu apa? siyes ni tatau? wah! ini sungguh satu kesedihan. isk3.. GBS tu Geng Bas Sekolah la babe. HIKHIK kesian pelakon2 tu sume if they'ols tau yang u'ols tatau GBS tu stand for what. but still, apa penting pon they'ols tu an? what the fruit betul lah memalam camni mengarut. biakan me dengan karutan ini. kerna karutan sungguh membahagiakan. ;p dan karutan juga make me punya entry look panjang gitew.

okeyla okeyla habis sesi karutan we'ols for today. R.E.M.E.M.B.E.R. only for T.O.D.A.Y. okey? esok2 lusa mesti ada lagi. wajib gitu. heeee.. tonite me nak citer sal kejadian semalam. semalam me tak citer sal kejadian semalam ni coz me da wat entry award seperti di bawah ni. adus! cam putus fius je kan ayat ni @___@ kesian u'ols mening2 gitew. HIHI. me an u'ols, senanya tak suka wat bebanyak entry in 1 day. saje je nak bagi nampak poyo sikit. so me simpan la citer kejadian semalam tu untuk story mory hari ni. tak basi lagi tau coz u'ols tatau pon lagi, me an tak citer gi. sekarang ni baru nak citer. so sit back n enjoy gitew

semalam punya pagi u'ols which is monday morning. hari yang paling malas bagi most people. 'monday blues' bak kata orang termasuk me punya bekas lecturer miss rabe'ah. tiber rasa rindu la kat me punya lecturer tu. dia sangat baik tau. sporting je. suke suke. tapi malangnya entry ini bukan pasal beliau ye u'ols. entry ni pasal me yang pegi ke imegresen opis sebab nak wat international paspot. kisah me ini berjalan dengan sangat lancarnye kerna da ada panduan dari sikit2 orang apa yang me nak kena wat n bawak. tapi act an, malam sebelum semalam tu. me ada confuse sikit ngan kaler tudung. takut la kan kena pakai kaler tetentu je untuk pic tu. tapi lepas tanya my fren sorang ni faige namanya, dia kata takpe pon kaler pe. bebas gitew katanya. so me pon decide la nak pakai purple. eh.. cam panjang je kan. okay dipendekkan citer, after yakin dan kofiden je masuk nak g wat n amik nom kat konter. tengah akak kat konter yang cun2 tu semak my borang, tiber je dia kata camni.

'eh, adik lahir sabah lah. bawak surat beranak tak?'

oh no! me tatau pon sal tu. bout orang yang tak lahir dekat semenanjung kena bagi jugak copy of birth certificate untuk wat paspot dekat semenanjung. katanya takut ada krisis nanti. so dengan cuak2 ayam me pon tanya la akak cun tu

' tapi parent saya orang sini. kalau tak caya tengok ic diorang. kalau amik ic my parent je tak leh eh kak?'

dengan muka baik n suci nye me tanya akak tu camtu. lalalala

lepas akak tu soksek2 dgn bos dia an. bos dia pon mcm on je la. so they'ols pon amik la sekali me punya parent punya ic. tapi an u'ols, semua tu cam takde guna je tau. bila sampai me punya turn nak wat. bos tadi datang and gitau yang bos punya bos nak birth certificate jugak. so, diorang kata tinggal dulu and nanti datang balik collect pastu bawak sekali la birth certificate tu. penat tau u'ols. benda leh siap kejap je tapi amik masa sepagi gitew. dalam nak kat kul 1 jugak baru settle.


inilah rupa paspot me sayang.. lalala


________________________________________



neway nak citer sikitlah apa yang buat hari ni, me membaru je finish baca novel nih..
sumpah best gile tau u'ols citer nye. memang hilarious habis la. gelak je mase membace. comel an tengah2 bace sambil senyum2 sensorang. HIHIHI


nampak tak kucing puteh tu?
itulah penanda buku yang me 'pinjam' dari adik.
comel tau.. =3




When twenty-eight-year-old Lexi Smart wakes up in a London hospital, she’s in for a big surprise. Her teeth are perfect. Her body is toned. Her handbag is Vuitton. Having survived a car accident—in a Mercedes no less—Lexi has lost a big chunk of her memory, three years to be exact, and she’s about to find out just how much things have changed.

Somehow Lexi went from a twenty-five-year-old working girl to a corporate big shot with a sleek new loft, a personal assistant, a carb-free diet, and a set of glamorous new friends. And who is this gorgeous husband—who also happens to be a multimillionaire? With her mind still stuck three years in reverse, Lexi greets this brave new world determined to be the person she…well, seems to be. That is, until an adorably disheveled architect drops the biggest bombshell of all.

Suddenly Lexi is scrambling to catch her balance. Her new life, it turns out, comes complete with secrets, schemes, and intrigue. How on earth did all this happen? Will she ever remember? And what will happen when she does?

somehow in this novel i think having an affair is a good thing.
can i do that too?



Friday, March 14, 2008

aA + bB



cinta itu jatuh dari langit atau jatuh dari hati?

teori addin
- membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah cabaran.

- membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri
adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.

siapa aku pada dia?A pal? A room8? A brother?
never a husband? ~ benz

alhamdulillah..
da berbulan2 mencari akhirnya ketemu jgk.. ^^

tarikh di beli 1st march 07
di lokasi popular, sunway..

~MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU~