Monday, July 19, 2010

bernovelicous~


ciao!

today post ada kena mengena dengan buku tebal2 pastu citer bujet nak panjang jer, ayat kalau ta bunga ta sah and perisa dia pulak ada macam2, nak yang sedih ada, yang kelako ada, yang alim2 sikit pon ada. so tau2 sendiri la yer buku cap apa yang tengah nak dijadikan topik utama post kali ini. okeh, pada last2 punya last week. i ada pergi itu jusco punya kedai dekat itu seri kembangan. dalam itu punya jusco i ada terjumpa kedai buku yang agak popular yang bernama popular juga. so i pon terus la pegi buat edisi terjah dalam itu kedai buku yang agak popular tersebut. terjah bukan sebarang terjah, terjah terus pegi masuk bahagian novel and hasilnya adalah gedebuk 4 lai buku yang terpapar di bawah ini.


u'ols pernah baca tak? okeh kalau tak pernah sila baca synopsis yang i copy and paste from they'ols punya terbitan iaitu jemariseni. nak type terasa angin malas yang bertiup sepoi2 bahasa siam mendatang pula. okeh, check it out lah.

________________________________________
ini synopsis untuk novel yang ada gamba asam boi ke asam girl entah as cover

Sweet Sour by Nasz

AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

for this novel i give * * * * * (5 stars maksudnya, jangan ingat aku pi mencarut ke apa ntah ye tuan puan)

________________________________________

yang ni pulak untuk cover yang ada gamba bunga kuning putih yang kelihatan macam nak damai2 je. novel ni ada 3 cerita each from different authors.

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa

“Kamu orang mana?”
“Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

yang ni i give * * * *

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya

“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

this one pon dapat * * * *

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

and this one i give * * * * *

________________________________________

bergerak pantas untuk novel ke 3 yang ada gamba orang tengah main skate tu and kaler oren2 senja tu pulak.

Versus by Hlovate

I

“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”

“I’m freezing right outside your window. On the roof.”
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”
"
No kidding. Please...”
balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa
mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”

“Minn, I’m dead serious.”

Ashraff Omar berdiri di atas bumbung
porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”

“Back. Off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta.
I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.

untuk yang ini pon i give * * * * * jugak

________________________________________


and now for the last one untuk yang novel ada cover pemandangan and kaler biru tu pulak.

Pada Angin Aku Berpesan by Adileah

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

dalam banyak2 novel. this one lah i paling kuciwa bukan sekali tapi berkali2 masa membacanya. sorry ye wahai author tersebut. kerana hati kuciwa this novel dapat * * je. hukhukhuk
________________________________________

okeh, sekian itu saja my preview untuk buku2 yang setebal lebih dari 4 inci nih. sekarang i tengah mengussha buku2 baru. tadi terjumpa buku baru from syud one of my favourite authors. buku beliau yang terbaru ni tajuk nya

Untuk Awak Teja Aulia.

CoverTejaAulia-web

dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”

“Iya...
tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.
________________________________________

nampak menarik je kan? ta sabar rasanya nak pegi masuk alamanda nih. tapi dalam alam ada kedai buku yang nama MPH je. MPH ni kalau tengok2 sikit, buku JS yang baru2 ni lambat sikit nak keluar compare dengan popular. tapi tunggu dan lihat je lah nanti. orait nak stop dah. mau nonton star struck yang ada sterling knight yang hensom tuh. daaaa~

snap!

2 comments:

dena deanna said...

kesemuanya suda habis di baca?

SheQeEN.. said...

yup. habis licin saya baca. XD