Alhamdulillah.. bilik 7/511 suda selamat siap dibersihkan! Kejadian bermula kira2 dalam pukul 1 ptg.. kakcik bersama dua lagi teman seperjuangan telah bertungkus lumus membersihkan lantai bilik kerana telah terlalu lama ditinggalkan sehingga menyebabkan lantai tersebut begitu berdebu sekali.. malah apabila kami berjalan di atas lantai itu dengan tapak kaki yang basah kami turut akan menyumbangkan corak yang cantik dilantai kami itu..
Pada mulanya lantai hanya dibersihkan dengan sekadar menggunakan sebuah penyapu yang baru diambil di pejabat cemara.. malangnya debu2 yang degil itu begitu degil sekali untuk meninggalkan lantai rumah kami kerana’ mereka’ begitu senang sekali berterbangan ke merata2 tempat setelah disapu *note : di sini ketika berlaku proses sapu2an debu ini kakcik telah switch off the fan tau*
.........................
Kemudian kami mengambil langkah yang bijak iaitu dengan mengemop sahaja lantai bilik kami.. wah! Lantai bilik begitu dipenuhi oleh buih2 sabun.. bahagianya.. tapi.. camna lak kami nak buang buih2 sabun ni sedangkan setiap pintu bilik kami dihadang maka tiada tempat untuk pengaliran air.. maka kakcik bersama2 rakan sebilik begitu berpenat lelah dalam usaha membuang air buih ini keluar dari bilik kami..
Di sini kakcik nyatakan nama rakan seperjuangan serta senjata ketika berjuang..
Dekja : penyodok sampah ( tugas mengeluarkan buih2 sabun dari latai ke bahagian dapur)
Illy : pengemop lantai (tugas menarik buih2 sabun untuk dibuang)
Kakcik : pencuci tandas yang masih belum digunakan untuk mencuci tandas (tugas turut menarik buih2 sabun untuk dibuang)
Selepas hamper 80% buih2 sabun itu dibuang, kami berehat untuk sementara waktu sambil menunggu lantai separa kering serta memikirkan langkah seterusnya kemudian kami membersihkan lagi 20% buih2 sabun yang tinggal dengan kaedah mencuci lantai menggunakan kain (ala2 jepun gitu) Akhirnya lantai bilik kami kelihatan begitu berkilat sekali, sehingga kami dapat melihat reflection cahaya lampu kalimantang bilik kami itu..
Dan sebagai penutup kami telah memenangi award Lantai Bilik Paling Bling2.. ini rekaan sahaja
Penutup yang sebenar adalah kami semua kepenatan dan tersadai di atas katil masing 2 ..
Ini sahaja sketsa hari kedua ketika di kolej..
No comments:
Post a Comment