Sunday, June 17, 2012

Ice Cream [02]

Suasana di kaki tangga yang terletak di bangunan tingkatan lima masih sunyi sepi menandakan waktu rehat masih belum tamat. Kelihatan satu kelibat manusia yang sedang duduk di bahagian tengah anak tangga sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuknya pada kepala lutut menunjukkan level boring nya kini sudah masuk level super saiya. Masuk bulan ini sudah hampir dua bulan Yama ditugaskan untuk mengawasi tangga yang mempunyai lebih dari 60 anak tangga tersebut tiap kali tiba waktu rehat.


Bila la nak genap dua bulan ni. Aku nak mintak bertugas dekat kantin pulak nanti. Kenapa la kena bertugas dekat bangunan terbiar ni. Tak ada hati perut punya leader. Kalau ye pon nak balas dendam bagi la aku jaga bangunan tingkatan empat ke enam ke. Ni kena yang lima jugak. Tenat la aku lama-lama dekat bangunan gloomy ni.  

"Yama! Nanti dah habis waktu rehat, Cikgu Aizan nak jumpa dekat bilik dia."

Yama yang tadi sedang galak mengata leader nya dalam nada monolog, hampir-hampir memaki hamun rakan nya yang datang selamba tanpa salam.

"Waalaikumussalam. Hemmmm, kau rupanya Yuyu Aku ingat makhluk mana tadi. Tiba-tiba je muncul. Kenapa Cikgu Aizan nak jumpa aku?"

Yuyu yang menyedari kesilapannya tadi hanya memandang ke langit tanpa mempedulikan sindiran yang datang dari Yama. "Reason aku tak tahu. Apa-apa pon jumpa je dia nanti."

"Ye lah. Nanti da settle ni aku pergi jumpa dia." Balas Yama dengan nada yang malas. Yuyu hanya menganggukkan kepalanya dan beredar dari tempat tugasan Yama. Adeh. Dasar lelaki kurang perkataan. Tak boleh ke cakap banyak sikit. Ingat keluar emas ke kalau  cakap lebih-lebih dengan aku. Dah bertahun-tahun kenal, perangai macam tu jugak. 

Yama dan Yuyu sebenarnya tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mereka juga merupakan sepupu, tetapi perkara tersebut hanya dirahsiakan dari pengetahuan pihak sekolah tanpa sebarang sebab yang jelas.

"Assalamualaikum cikgu. Knock knock!" 

"Waalaikumussalam Mayamin. Masuk. Kalau ye pon malas nak ketuk guna tangan pon tak payah la ketuk guna mulut. Lagipon saya bukannya tutup pintu tu." Sindir Cikgu Aizan pada Yama yang sudah mula menggaru-garu pangkal hidungnya.

"Roger cikgu. Maaf, saya gurau je cikgu. Jangan tolak markah test saya pulak nanti." Jawab Yama yang menyedari Cikgu Aizan yang sedang sibuk menanda markah ujian kimia kelasnya. Cikgu ni tengah mark paper pon mulut dia sempat lagi nak mengenakan orang. "Errr, cikgu. Tadi Taiyu kata cikgu nak jumpa saya. Ada apa yang cikgu nak saya uruskan?"

Tangan Cikgu Aizan yang dari tadi masih lancar menyemak kertas ujian kelasnya tiba-tiba berhenti dan fokusnya kini telah diberikan kepada Yama yang sedang berdiri tegak di hadapan nya. "Eh, awak makan bubble gum depan saya? Dah tiga tahun awak jadi pengawas. Sepatutnya awak lebih berdisiplin dari pelajar-pelajar lain. Kalau senior perangai macam ini, susah lah saya nak hantar awak pergi kem bimbingan pengawas nanti?"

Gulp! Bubble gum yang tadi nya dikunyah oleh Yama kini telah selamat masuk ke bahagian perutnya. "Uhuk! Uhuk! Apa cikgu? Kem?!" Rupa-rupanya bagi Yama perkataan kem lebih menusuk di telinga Yama dari teguran yang berdas-das datang dari cikgu nya tadi.

"Tak nak la saya cikgu. Kenapa saya yang kena. Allergic la cikgu kem-kem ni. Pilih la orang lain. Lagipon parents saya mesti tak bagi saya bermalam lama-lama dekat luar. Kem pengawas yang saya kena pergi masa form two sebelum ni pon bukan main payah nak dapat kebenaran. Tu baru buat dekat kawasan sekolah. Ni confirm kena dekat luar kan? Saya yakin mesti saya tak dapat pergi. Dijamin!"

Kelihatan Yama yang beria-ia meyakinkan cikgunya yang dia bukan lah pilihan yang tepat untuk dihantar ke kem tersebut.

"Kalau pasal parents jangan risau. Itu saya dah settle kan. Dah dapat green light, and awak bukan pergi seorang. Berdua."

"Berdua?"

 "Ye, dengan Taiyu."

"Taiyu..... Taiyu?!"

"Yes! Kenapa terkejut? Awak berdua akan pergi kem tu untuk dapat bmbingan macam mana nak handle jawatan ketua pelajar dan penolong ketua pelajar."


Biar betul abang aku ni. Suka-suki dia je nak hantar aku pergi kem tu. Patut la malam tadi nampak sibuk sangat berbincang dengan umi dan abah lepas makan malam. Mesti dia mintak kebenaran bagi aku pergi kem ni. Tapi kenapa dengan Taiyu. Taiyu si mamat stoic tu.  

"Ala Bang Jan orang tak nak pergi." Yama membuat muka kesian sambil berharap abang nya membatalkan hasrat nya itu.

"Dekat sekolah Cikgu Aizan." Eh budak ni. Tadi aku tegur makan bubble gum selamba je buat tak dengar. Sekarang ni baru nak tayang muka sedih dia tu. "Kami dah decide nak hantar awak berdua. No compromise."

"Mana boleh macam ni. Ni dah salah guna kuasa ni. Jadi cikgu tak sampai setahun dah nak hantar adik sendiri pergi kem. Lepas tu kena angkut Taiyu sekali pulak. Kalau orang tahu mesti diorang cakap 'Cikgu Aizan ni bias, pilih kasih lagi. Hantar family sendiri je. Tak ke nazak nanti CIKGU AIZAN?" Sengaja Yama menekankan intonasinya di gelaran Cikgu Aizan tersebut dengan niat mahu menyakitkan hati abangnya yang mungkin sama species dengan Taiyu. Dasar hati batu, kayu, daun. Huuuuu.

"Kan tadi saya cakap KAMI. Maknanya keputusan tu bukan terletak pada tangan saya je." Cikgu Aizan yang tadi berhajat untuk menerangkan perkara yang sebenar pada Yama memutuskan untuk tidak meneruskan perbualan ini dan mengarahkan Yama pulang ke kelas kerana telah mengambil masa belajar Yama lebih dari yang dirancang nya. 

"Yama nanti balik kita bincang lagi. Buat masa sekarang awak balis kelas dulu." Yama hanya berlalu dari bilik Cikgu Aizan tanpa membalas sepatah perkataan dengan riak muka tidak puas hati.

No comments: