Saturday, June 23, 2012

Ice Cream [04]

Dewan yang digunakan sebagai tempat ceramah dan aktiviti-aktiviti
berkumpulan sepanjang tiga hari berjalannya program kem kepimpinan
pengawas kini diisi dengan pelajar-palajar dari pelbagai sekolah. Mereka
telah diberi tugasan untuk menghias dewan untuk majlis penutup program
dan menyusun kerusi untuk pelajar seramai 140 orang. Setiap sekolah telah
 diarahkan untuk menghantar dua orang pelajar yang mana pihak sekolah
menganggap mereka merupakan calon terbaik yang bakal diberikan jawatan
ketua pelajar dan penolong ketua pelajar bagi sesi tahun hadapan. Antara
140 orang tersebut, Taiyu dan Yama merupakan wakil bagi SMK Aman Jaya.

Sedang pelajar-pelajar lain sibuk di dalam dewan dengan tugasan masing-masing,
terdapat dua orang pelajar yang sedang berehat di bahagian belakang dewan
dan sibuk hanyut di dalam dunia mereka sendiri. Taiyu yang separuh badannya
menyandar di dinding dewan dan melunjurkan kakinya, mukanya pula di cover
dengan majalah kereta yang agak tebal. Di sebelahnya pula, Fayyadh yang
sedang duduk bersila sambil menongkatkan dagunya kelihatan sedang
 tersengguk-sengguk menandakan mereka berdua kini memang telah hanyut
jauh di alam mimpi.

Di dalam dewan, Yama dan beberapa pelajar lain yang telah diletakkan
 di dalam satu kumpulan dengannya sedang sibuk menyusun kerusi
seperti yang diarahkan. Sepanjang hari ini Yama masih belum nampak
 kelibat Taiyu dan matanya dari tadi asyik mencari-cari kemana pergi
sepupunya tersebut.

"Ada nampak Taiyu tak?" Soalan tersebut diajukan kepada rakannya
 yang turut sama sedang memunggahkan kerusi yang tersusun di bahagian
 belakang dewan untuk dibawa ke bahagian kerusi yang sedang diatur
oleh kumpulan mereka.

Yin yang turut mengenali Taiyu kerana mereka penah duduk makan semeja
 ketika waktu makan tengahari pada hari pertama tiba di resort tersebut
 hanya menggelengkan kepalanya kerana sepanjang berada di dalam dewan
dia tidak sempat untuk memikirkan atau melihat situasi pelajar-pelajar lain
selain dari ahli kumpulannya sendiri.

"Agaknya mana Taiyu ni. Dari tadi tak nampak." Yama yang kecewa dengan
reaksi yang diberikan oleh Yin, hanya mampu menggumamkan dialognya.

Yama beminat dengan pelajar lain selain dari dirinya sendiri? Itulah yang
persoalan yang sedang keluar di dalam kepala Yin. Bukannya dia tidak tahu
mereka datang dari sekolah yang sama. Tetapi dia hanya musykil dengan
perhubungan mereka. Adakah mereka berdua hanya rakan sekolah atau lebih? 

Yin sekadar mencuba nasib untuk mengorek rahsia perhubungan mereka berdua,
dengan mengajukan soalan kepada Yama dalam keadaan nada tidak berminat
untuk tahu. "Kenapa cari Taiyu?"

"Tak ada apa. Ada benda sikit nak tanya dia."

Mereka kini telah kembali ke tempat kerusi yang terhenti susunannya,
dan menyambung menyusun kembali dengan kerusi yang baru dibawa dari
 bahagian belakang dewan tadi.  

Eh, reaksi dia sangat ala kadar. Betul ke tak ada apa-apa ni. Apa kata kalau
 aku cucuk jarum sikit."Taiyu tu nice kan."

Yama yang sedang menyusun kerusi-kerusi besi tadi hanya diam dan pelik
dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Yin tadi. Atau adakah itu satu
pertanyaan? Yama hanya mampu menayangkan reaksi muka tidak senang. 

Ada reaksi. Jealous ke Mayamin ni? Menarik menarik. Itulah yang sedang
difikirkan oleh Yin buat masa sekarang.

Manakala Yama yang dengan reaksi muka tidak senang itu sebenarnya tengah
 sibuk memikirkan betul ke Taiyu itu nice. Dia sebenarnya mengalami kesukaran
untuk menjelaskan samada Taiyu itu nice atau tidak. Akibat terlalu memikirkan
samada dia perlu atau tidak untuk menjawab 'pertanyaan' Yin tadi telah
menimbulkan reaksi confuse di muka Yama.

Setelah beberapa saat kenyataan atau pertanyaan yang dikeluarkan oleh Yin tadi
tidak mendapat respon dari Yama. Kedua-duanya hanya memutuskan untuk
membiarkan ayat confuse tadi dibawa pergi jauh oleh angin air conditioner
dewan dan menyambung tugasan mereka tanpa dihiasi oleh sembang atau
bualan kecil-kecilan yang sering kali timbul bila tangan sedang sibuk bertugas. 

Kini kumpulan Yama sudah siap dengan tugasan yang diberikan dan mereka
sedang berjalan menuju ke bahagian cafeteria untuk menikmati lunch. Yama
yang masih tidak berpuas hati kerana masih tidak nampak kelibat Taiyu sejak
 pagi memutuskan untuk tidak pergi bersama dengan ahli kumpulannya dan
melihat-lihat sekitar dewan buat sementara waktu untuk mencari tubuh badan
milik sepupunya itu.

"Yama kenapa tak pegi lunch?" Kedengaran suara yang amat dikenalinya
 datang dari arah belakang. Di tambah dengan bunyi orang yang sedang
menggeliat menandakan dia telah mendapat rehat yang secukupnya. 

Cis dekat sini kau rupanya Yuyu, penat aku cari. Tapi korang bedua 
sedap-sedap je skip aktiviti hari ni and lepak dekat sini. "Cari kau.
Tak nampak pon tadi dalam dewan."

"Kenapa?"

"Taiyu, tolong tarik tangan aku. Macam malas pulak nak bangun sendiri."
Fayyadh yang masih sedang duduk bersila disebelah Taiyu menghulurkan
kedua tangannya untuk ditarik oleh Taiyu.

Yama hanya memandang Fayyadh buat beberapa saat dan mengembalikan
pandangannya terhadap Taiyu. Dia ni kalau tak menyampuk perbualan orang 
dalam sehari memang tak sah. Nampaknya Yama agak tidak senang dengan
perangai Fayyadh, mungkin kearana mereka berdua mempunyai personaliti
yang sangat berbeza itu merupakan sebab utama.

"Aku pon malas."

"Alaaaa Taiyu, aku bukan malas. Kaki macam kebas je ni. Tolong-tolong."

"Yelah. Sini." Taiyu yang malas memanjangkan kerenah Fayyadh hanya
mengikut permintaannya.

Namun begitu, tindakan Taiyu yang menurut permintaan Faiyyadh yang
bunyi keanak-anakan itu hanya membuatkan Yama makin
bertambah-tambah rasa tidak senangnya terhadap Fayyadh dan terus
berlalu dari tempat itu tanpa memberitahu apakah hajatnya yang dari tadi
asyik mencari Taiyu.

Taiyu yang baru sedar Yama kini sudah beredar meninggalkan mereka
hanya mampu memandang Yama dari jauh. "Yama."

"Bukan tadi dia macam nak cakap something ke dengan kau?"Fayyadh
yang sedar reaksi muka Taiyu yang berlainan sedikit dari kebiasaannya
cuba untuk mencari punca perubahan tersebut.

Tapi Taiyu tetap Taiyu. Dia hanya menjawab dengan mengangkat kedua
belah bahunya menunjukkan dia juga tidak dapat meneka apa yang cuba
disampaikan oleh Yama.


No comments: