Tuesday, June 19, 2012

Ice Cream [03]


Setelah penat memujuk adiknya supaya mengikuti kem kepimpinan pengawas yang diadakan di Pulau Pinang. Kini Aizan, Yama dan Taiyu sedang dalam perjalanan ke tempat perjumpaan di Masjid Jamek Seberang Perai sebelum berangkat ke resort yang terletak di bahagian pulau. Sudah hampir 20 minit mereka berada di atas lebuhraya tetapi suasana di dalam kereta masih kekal senyap sunyi, yang kedengaran hanyalah bunyi yang keluar dari penghawa dingin kereta milik Aizan.

"Yama jangan lah senyap je. Serba salah abang nak hantar awak pergi ni. Kalau apa-apa jadi which is abang tak harap langsung jadi apa-apa dekat awak, mesti abang jugak yang rasa bersalah. Nanti awak balik abang beli la CD Sailormoon yang awak kempunan sangat tu. Lagi pon ini lah chance untuk awak kenal kawan baru selain dari Taiyu awak tu." Niat yang pada awalnya adalah sekadar untuk memujuk kini tiba-tiba bertukar channel untuk mengenakan Yama pula.

 "Apa Bang Jan?" Yama menarik earphon yang di plug di kedua belah telinganya apabila perasan abang nya tiba-tiba tersenyum sorang-sorang. Aizan yang baru menyedari suasana sepi tadi adalah disebabkan oleh si Yama yang sedang asyik dengan iPod Mini nya terus memalingkan mukanya ke arah Taiyu yang sedang menahan gelak di sebelahnya. "Kureng punya adik. Kau pon sama Taiyu. Bukan nak bagitahu yang si Yama tu dah hanyut pergi tempat lain." Taiyu hanya mengangkat kening kanannya tanpa membalas apa-apa.

 "Cakap apa bang? Sorry tak dengar tadi." Tanya Yama yang tidak berpuas hati dengan abangnya yang tidak menjawab pertanyaannya. "Abang cakap Sailormoon cancel beli and bagi sini iPod awak tu. Jangan nak bawak seludup masuk kem pulak." Rupanya-rupanya Aizan yang kini berusia 25 tahun masih bersikap seperti Yama yang berusia 16 tahun. Kecil betul hati abang si Yama ni rupanya apabila gurauan nya tadi tidak mendapat sambutan dari adiknya.

"No no no no. Dalam ni ada macam-macam. Torture la bang kalau dengar ceramah je 4 hari 3 malam. And kenapa tetiba cancel sailormoon? Perjanjian mana boleh langgar bang. Macam mana nak jadi cikgu contoh ni. Kalau janji pon tak boleh pegang."

 "Tak payah banyak cakap. Belum apa-apa lagi dah nak langgar rules." Sebelah tangan Aizan di hala ke arah Yama yang berada di kerusi penumpang di bahagian belakang menunjukkan dia serious mahu Yama menyerahkan iPodnya itu.  "Yela. Amik la. Kalau rosak siap la Bang Jan." Sedegil-degil Yama, dia masih tahu untuk membaca nada abangnya sama ada dia sedang serious atau masih dalam nada bergurau. Sebaik sahaja Yama menyerahkan iPod Mini nya kepada Aizan, Peugeot 307 yang dipandu Aizan kini kembali pada keadaan asal mereka iaitu SENYAP.

15 minit kemudian...

"Okay. Dah sampai. Ingat Yama, behave. Awak bukan pegang nama awak je dekat sana. Nama sekolah sekali. So control sikit. Taiyu pon sama. Abang kena pergi sekolah balik. Ada kelas pukul 10. Take care korang berdua. Assalamualaikum." Yama dan Taiyu membalas salam Aizan sambil kedua-duanya menyalam tangan Aizan.

Mereka berdua melihat Aizan memandu keretanya keluar dari kawasan masjid dan keduanya serentak duduk di atas bagasi yang bakal dibawa ke kem tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Satu minit. Dua minit. Tiga minit.

"Yuyu, kau ada kawan ke dekat kem nanti?" Yama yang sangat dikenali sebagai a loner di sekolahnya tiba-tiba risau jika dia bakal keseorangan di kem nanti. "Yuyu, macam mana kalau aku tak ada kawan nanti? Macam mana kalau room mates aku semua tak nak kawan dengan aku? Habis la aku nanti. Mesti kena makan sorang-sorang. Lepas tu kalau ada LDK, orang mesti tak nak kerja dengan aku."

Selain dari a loner, Yama merupakan seorang yang introvert, dia bukanlah seorang yang anti-social. Yama hanya lebih gemar bersendirian dan menjauhkan diri dari perkara yang memenatkan diri nya seperta perbualan kecil-kecilan. Perkara ini sentiasa menjadi punca utama dia kekurangan kawan, kerana bagi orang luar Yama dianggap sebagai seorang yang sombong dan susah untuk didekati.

Traits nya ini lah yang menyebabkan Taiyu juga jarang mengeluarkan suara nya bila bersama dengan Yama. Mereka gemar dan senang dengan situasi yang senyap sejak kecil."Jangan risau. Aku ada. Dah janji dengan Bang Jan. Ada apa-apa cari aku." Itulah ayat yang sering kali diucapkan oleh Taiyu kepada Yama apabila Yama sering disalah tanggap oleh kawan-kawan mereka. Ajaib nya juga, empat ayat itu sudah cukup untuk menenangkan Yama. Mungkin itu sebabnya kenapa Yama senang bekerja dengan Taiyu walaupun dia sering mengata sepupunya di sebalik tabir.

"Oka...."

"Taiyu! Kenapa tak bagitahu dah sampai? Penat aku pusing masjid ni cari kau." Belum sempat Yama menghabiskan kata-kata penghargaannya buat Taiyu, ayat nya secara mengejut di potong oleh seorang lelaki yang berpakaian pengawas dalam keadaan yang kurang lengkap.

"Bagitahu pakai apa? Microphon masjid?" Balas Taiyu yang masih setia dengan nada monotone nya dan mata yang tidak berperasaan.

"Hahaha. Kau ni sama je macam sebelum ni. Tak penah tak lawak. Hahahaha" Gelak lelaki tadi tidak putus-putus.

Lelaki ni betul ke tak? Dia tak nampak ke Yuyu tengah annoyed tu. Kesian Yuyu. Sabar sabar Yuyu. Aku paham perasaan kau. Tapi kau tak adil. Dah ada geng! Yuyu jangan tinggal aku. Habis la aku. Yuyu mesti ikut lelaki ni pergi dekat geng diorang nanti. Confirm sorang-sorang la aku kali ni.

"Yama aku ada. Rilex."

Huh? Yuyu. Kau lah keluarga aku yang terbaik. Kau sorang aje yang boleh paham monolog dalaman aku. "Yuyu. Kau confirm ada 6th sense. Kakkui! Fewit fewit! Hehe. Thanks. Dah lega dah."

"Pftt. 6th sense? Sapa ni Taiyu. Adik kau ke?"Tanya lelaki tadi yang baru perasan akan kewujudan Yama.

Taiyu yang masih menunjukkan riak muka malas hanya setia menjawab dengan nada yang malas juga. "Tak lah. Auntie."

"Betik Taiyu?! Muda gila auntie kau! Ehem. Ehem. Saya Fayyadh. Kawan Taiyu. Nama auntie?"

Auntie abah kau. Rabun la mamat ni. Kenapa la kau ni sangat dense. Tak apa lah malas aku nak explain, bukannya nanti aku ada kena apa-apa dengan dia. Yama memutuskan untuk membiarkan sahaja sikap lelaki yang baru dikenalinya itu kerana tidak pasti samada lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Fayyadh itu adalah seorang yang senang bergurau atau seorang yang tidak sedar orang sedang mengenakannya

"Saya Mayamin."

No comments: