Wednesday, June 6, 2012

Ice Cream [01]


"Yama, kau dah siap ke? Betul ke ni kau nak join? Tak menyesal? Aku suka je kalau kau join, tak ada la aku sorang-sorang je nanti ahli perempuan kelab tu. Tapi takut kau tak enjoy pulak nanti.." Lepas satu-satu soalan yang diaju oleh MN pada Yama yang tengah sibuk membelit selendang di kepala, tengah bersiap-siap untuk turut serta pergi ke mesyuarat Kelab Umno Southampton atau lebih dikenali dengan nama KUS oleh pelajar Malaysia di Southampton University.

"Ye la MN. Aku yakin je ni haa nak join kau. Jangan lah risau. Insya Allah tak jadi pape nye dekat aku ni. Dah setahun lebih kita dekat sini. Tapi aku ni kenal orang pon budak perempuan batch kita je. Lepas tu budak course aku yang tak la berapa nak banyak mana tu. Kalu dikira pon cukup-cukup je dengan jari sebelah tangan aku ni, nak tunjuk betapa sedikit nye la kenalan aku. So kira ni salah satu alternative aku la nak tambah kenalan." Eh panjang sangat la explanation aku ni, bukan nya si MN tu tak tahu motif aku nak join KUS ni. 

Hampir lima minit Yama mengambil masa untuk membelit-belit selendang di kepala dan leher nya, kedengaran jeritan datang dari bilik sebelah. "Yama! Kita dah lambat ni, aku baru perasan message cakap meeting tu pukul 6.30 petang. Sekarang dah 6.20 petang. Cepat-cepat, kalau sampai lambat sangat segan pulak nak masuk biling meeting tu." Rumah Yama dan MN terletak betul-betul di belakang university dan hanya mengambil masa dalam 6 minit perjalanan kaki, tapi itu hanya sampai di area library. Kalau nak ke building school lain bermaksud speed kaki manusia mereka tu kena la ditambah sedikit . 

Kebanyakan pelajar tempatan di sini ke university hanya dengan berjalan kaki, berbasikal, berskateboard atau berscooter pon ada. MN dan seorang lagi housemate nya memiliki basikal sendiri. Tapi si Yama ni kedekut sikit nak berbelanja ke arah tu. Maka dia hanya mampu berkaki manusia. "Sorry MN, kau kena jalan kaki jugak sebab nak kena teman aku." 

"Alah rileks la, aku okey je pon. Tak apa, jangan cuak-cuak. Kita chill je, lagipon sekarang ni dah gelap cepat sangat. So, diorang faham-faham je la. Nasib baik aku dah Isyak dah tadi. Tak de la nanti balik penat-penat nak kena sembahyang lagi." Jawab MN cuba menenangkan Yama kawannya yang mudah gelabah. Sekarang di Southampton tengah musim sejuk, semua waktu solat sudah cepat masuk. Boleh dikatakan bila jarum jam mencecah pukul 7 malam, kesemua solat lima waktu sudah boleh settle.

Aise, aise, aise, habis la aku. Kesian dekat MN jugak. Chill sangat tengok apa dah jadi. "Assalamualaikum! Maaf kami lambat 10 minit!" Yama dan MN yang tadi sedang cuak sebab tiba lambat di bilik yang ditetapkan untuk meeting pertama KUS sesi 2010/2011, hairan kerana bilik yang sepatutnya diisi ahli seramai 12 orang AJK KUS, hanya terdapat enam orang termasuk mereka berdua. "Errr... MN, kita tak salah masuk bilik kan?" MN yang tadi masih bingung-bingung keluar untuk memastikan mereka berada di bilik yang sepatutnya. "Dah betul dah ni, papan tanda dekat pintu ni tulis 1083"

"Waalaikumussalam! Sorry lambat balas salam. Mulut kena tutup dengan tape tadi." Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang sedang duduk di penjuru meja sambil tangannya sedang sibuk menggumpal tape yang mungkin tadi melekat di mulutnya.

"Hah? Tape? Err.. Okay." Tape dekat mulut? Apa kes pakcik megane* ni. Sejenis hobi baru ke main tape-tape mulut di masa lapang? Tak paham aku. "Eh, MN selamat ke AJK KUS ni? Risau pulak aku tengok." Yama yang masih dalam keadaan gelabah dan confuse tadi telah cuba untuk memulakan sesi mengorek background AJK kelab. "Haha, sorry Yama. Dia tu memang 'kreatif' sikit. Lama-lama nanti kau mesti rasa dia tu makhluk yang biasa. Jom lah kita duduk, penat aku berjalan tadi."

Betul ke MN ni? Tapi dia dah kenal pakcik megane ni lagi lama dari aku. Layan saja la, bukan dia ganggu hidup aku pon. Yama kemudian memutuskan untuk duduk disebelah MN dan mengeluarkan iPod Touch nya lalu terus menekan 'Angry Birds'. Dia memilih untuk menembak makhluk yang tidak berleher dan berwarna hijau itu dari memikirkan kekreatifan pakcik megane yang baru ditemuinya sebentar tadi.

Sedang Yama tengah khusyuk dengan sesi menembak-nembak makhluk hijau itu, bilik yang ditempah untuk sesi mesyuarat kini telah dipenuhi dengan AJK KUS.

"Assalamualaikum dan selamat datang ke Mesyuarat pertama KUS sesi 2010/2011. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK lama dan baru KUS yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Saya tahu kita sekarang tengah Winter Break. So, mesti la korang semua nak rehat je dekat bilik. Despite that, thanks for coming guys. Saya Yaakub, Pengerusi Kelab ni. Okay, perkara pertama yang kita nak buat kali ni ialah memperkenalkan diri masing-masing. Takut ada sesiapa yang terlupa dia pegang jawatan apa pulak nanti, saya jugak yang susah. Kita mula dengan saya ye."

"Saya Yaakub Mohamad Zin, Postgrad engineering student and Presiden kelab"

"Saya Nur Fayyadh Farahi, 3rd year Biology and Naib Presiden." 

Yama yang tadi masih lagi khusyuk bermain dengan ipod yang disorok di bawah meja tiba-tiba tergamam terdengar nama yang disiarkan di ruang udara. Eh, apa dia Fayyadh Farahi? Cop cop, siapa Fayyadh Farahi tadi? Jangan cakap pakcik Megane tadi Fay?

"Er, saudari yang bujet tengah cover main game tadi boleh perkenalkan diri?" Tiba-tiba pakcik Megane tadi bersuara.

"Yama turn kau lah, kan tadi aku bagitahu kau pegang jawatan setiausaha. So turn kau sekarang ni." bisik MN di sebelah Yama.

Turn aku? Saudari? Dalam bilik ni ada dua orang je saudari. MN tengah sibuk menulis, so aku la sapa lagi kan. Macam mana boleh kantoi tengah main game ni. Tapi pakcik tu... tak mungkin kot. Tak mungkin kecik sangat dunia ni. 

"Kenapa ada masalah ke? Dah boleh mula perkenalkan diri?" Desak pakcik Megane buat kesekian kali nya.

"Maaf maaf. Boleh sangat. Nak kena cakap apa ye? Emmmm. Nama, course, tahun n jawatan kan? Okay okay." Kenapa dengan kau ni Yama, jangan la kalut sangat. Rilex rilex.

"Saya Raidah Mayamin Mohd Rasyad, 2nd year Chemistry and Setiausaha. Saya ahli baru kelab ni, jadi mintak tunjuk ajar dan kerjasama dari semua. Terima kasih." Fuh lancar-lancar. Tahniah buat diri sendiri. Yama yang dari tadi asyik gelabah tiba-tiba berasa bangga kerana dapat perkenalkan diri tanpa sebarang masalah teknikal.

Level gelabah si Yama ni agak tinggi sebenarnya, sampai sesi suai kenal kecil-kecilan ini pon telah dapat membuatkan dia merasa bangga diri apabila semuanya berjalan seperti yang dirancang di kepala otaknya yang penuh dengan anime dan manga. Tapi- tapi kenapa macam tiba-tiba rasa aku punya dahi ni macam kena laser je. Ada apa-apa ke dekat depan aku ni? Sedang Yama sibuk menekan-nekan dahinya sambil mengangkat kepala untuk melihat dari mana sumber laser invisible tersebut. 

'Ba-thump' kedengaran jantung Yama yang secara tidak langsungnya telah melangkau satu degupan apabila menyedari sumber laser itu datang dari empat mata pakcik Megane.

Bersambung mungkin.

*Megane  ; glasses

No comments: